
Berkecuali, Bukan Berkecai: Suara Malaysia Di Moscow Mengangkat Maruah Dan Peluang Dua Hala
MOSCOW – Dalam landskap antarabangsa yang semakin rumit, lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia menyerlahkan pendekatan Malaysia yang berkecuali tetapi proaktif, iaitu memilih untuk merintis peluang dalam teknologi, pendidikan, keselamatan makanan dan tenaga sambil mengekalkan prinsip keadilan dan maruah negara.