Lancar Jualan Rahmah Beras untuk bantu ringankan beban rakyat – Fuziah Salleh

19/09/2023
1 min read

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh akan melancarkan Jualan Rahmah Beras bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaan beras tempatan.

Menurutnya, program berkenaan membolehkan pengguna mendapatkan beras pada harga subsidi, menerusi peruntukan RM150 juta yang telah diluluskan di Parlimen.

“Beras merupakan barang kawalan yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tiada kuasa untuk mengawal harganya. Akan tetapi apabila hari-hari kita mendengar rintihan rakyat, maka KPDN cuba mencari jalan bagaimana dalam ruang lingkup KPDN kita boleh selesaikan isu kenaikan harga beras import dan ketiadaan beras tempatan seperti yang didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi KPDN di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan KPDN telah melaksanakan beberapa mekanisme bagi mengawal harga barangan itu supaya tidak membebankan rakyat susulan kebergantungan negara kepada barangan mentah yang diimport seperti gula dan bawang.

“Ya, sekarang ini Malaysia banyak mengharapkan kepada barang import… sebab itu kita terikat dengan dasar negara lain contohnya India tak mahu eksport gula dan ingin menaikkan cukai eksport bawang, maka tentu ia akan meninggalkan kesan kepada negara kita.

“Bagaimanapun kita cuba kawal sebaik mungkin. Contohnya kita letak harga siling supaya kita boleh kawal seperti gula. Kemudian ada yang kita kawal dan subsidikan seperti telur gred A, B dan C. Di samping itu kita juga ada Jualan Rahmah dan kita beri diskaun 10 hingga 30 peratus,” katanya.

Jangan Ketingalan >>

KKR mohon peruntukan lebih dalam Belanjawan 2024 untuk selenggara lebuh raya, jalan raya

PUTRAJAYA – Menerusi Belanjawan 2024, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah

SPM Tetap Dijalankan: Nadma, Agensi Berkaitan Dikerah Bantu Mangsa Banjir – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memerintahkan