Malaysia, Sri Lanka sedia perkukuh hubungan dua hala – Anwar Ibrahim

21/09/2023
1 min read

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe pada Rabu. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama. 

“Ia termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan budaya serta pembangunan sumber manusia,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar perjumpaan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka bidang kerjasama baharu dalam usaha mengukuhkan kerjasama sedia ada.

Jelasnya, semoga kerjasama yang terjalin itu dapat membawa manfaat buat rakyat Malaysia dan Sri Lanka.

Jangan Ketingalan >>

Fokus NADI Pulau Banggi Beralih Kepada Kualiti Akses, Kemahiran Dan Peluang Kerja Jarak Jauh

PULAU BANGGI – Kemenangan NADI Pulau Banggi dalam WSIS Prizes

JENDELA–SMART600: Sarawak jadi penanda aras liputan pantas melalui hibrid

KUALA LUMPUR – JENDELA Fasa 2 bakal bermula September dengan