Anwar Ibrahim terima kunjungan hormat Presiden Fujifilm Healthcare America Corporation 

- main_news - 04/06/2024

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan FUJIFILM Healthcare Americas Corporation (FUJIFILM) mengenai perancangan pelaburan dan sokongan yang boleh dilaksanakan oleh syarikat itu dalam sektor kesihatan di Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sesi tersebut dijalankan sempena kunjungan hormat ketua pegawai eksekutif dan presiden FUJIFILM, Hidetoshi Ilzawa serta delegasinya ke pejabat perdana menteri pada petang Selasa. 

Beliau berkata perbincangan itu turut melibatkan penjagaan kesihatan, latihan dan dokumentasi rekod perubatan. 

“Pertemuan dan perbincangan hari ini selari dengan fokus kerajaan dalam menggerakkan transformasi teknologi, terutamanya dalam sektor awam,” kata Anwar menerusi hantaran di laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

FUJIFILM yang mempunyai 310 anak syarikat di seluruh dunia dengan 73,275 pekerja merupakan syarikat utama global dalam inovasi penyelesaian diagnostik dan pengimejan perusahaan. 

TAGS: