PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang Pilihran Raya India atas kemenangan bagi penggal ketiga  

- main_news - 05/06/2024

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas kemenangan berturut-turut buat penggal ketiga dalam pilihan raya umum negara itu.  

Menerusi hantaran laman sosial beliau, Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang melibatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.

“Perdana Menteri Modi telah melakukan anjakan yang ternyata memberangsangkan pada aspek ekonomi India yang tentunya meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan membawa manfaat kepada wilayah berkenaan,” kata Anwar.

Anwar juga turut menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Modi bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India. 

“Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan beliau sambil kita mempateri era baharu hubungan persahabatan antara Malaysia dan India,” katanya.

Pengisytiharan kemenangan pilihan raya oleh Modi itu turut mencatat sejarah kerana beliau menjadi Perdana Menteri India yang pertama mencapai kejayaan ini dalam tempoh 60 tahun. 

TAGS: