NRECC, kerajaan negeri akan bincang kerangka REE minggu hadapan

26/09/2023
1 min read

PUTRAJAYA – Perbincangan berhubungan pembangunan kerangka unsur nadi bumi (REE) ada diadakan pada minggu hadapan antara Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan kerajaan negeri. 

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementerian akan tumpuan kepada aspek pemprosesan yang perlu dibuat dalam negara selain

 mengambil kira kawasan berpotensi untuk diteroka tanpa mengganggu ekosistem hutan simpan kekal. 

Menurutnya,  80 peratus kawasan yang berpotensi mengandungi REE dan unsur nadir bumi bukan radioaktif berada di luar kawasan hutan simpan kekal.

“Jadi kita minta kalau boleh tumpukan terlebih dahulu di kawasan itu sebelum sentuh hutan simpan kekal. Benar kita boleh buat sustainable mining (perlombongan secara mampan) dan sebagainya tetapi kita minta perkara ini diperhalusi terlebih dahulu.

“Kita khuatir sekiranya tidak dipantau dengan baik ia akan beri kesan kepada hutan kita yang merupakan antara (hutan) tertua di dunia dan nak pulih semula akan ambil masa yang sangat lama,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Negara, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau memberitahu terdapat hasil REE yang berkemungkinan memerlukan kepakaran dari luar untuk diproses, namun sebarang kerja pemprosesan akan diberi penekanan untuk dilaksanakan dalam negara.

“REE adalah unsur yang diperlukan untuk menghasilkan pelbagai produk dan teknologi seperti kenderaan elektrik (EV), turbin dan kincir angin untuk penghasilan tenaga boleh baharu dan telefon,” katanya. 

Jangan Ketingalan >>

Anwar ke Singapura untuk lawatan kerja sehari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke

ACFTA 3.0 Selesai, ASEAN–GCC FTA Dimulakan: Seruan Dr Faiz Agar Malaysia Menjadi ‘Nod’ Tengah

PUTRAJAYA – Rangka naik taraf ACFTA 3.0 yang sudah selesai