Anwar: Subsidi Bersasar Bantu Jimat RM15.5b Setahun, Manfaat Disalur Semula Kepada Rakyat

10/10/2025
1 min read

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan merekodkan penjimatan sekitar RM15.5 bilion setiap tahun menerusi pendekatan subsidi bersasar.

Beliau menekankan bahawa wang yang dijimatkan disalurkan kepada langkah menangani kos sara hidup dan pembinaan infrastruktur yang lebih baik untuk rakyat.

“Penyasaran subsidi memastikan dana negara sampai terus kepada rakyat,” katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat, 10 Oktober.

Keputusan mengapungkan harga ayam serta telur menghasilkan penjimatan RM1 bilion untuk setiap satunya.

Penstrukturan tarif elektrik digabung dengan subsidi bersasar membawa penjimatan RM6 bilion.

Bagi diesel, rasionalisasi subsidi memberikan kesan penjimatan RM5 bilion.

Penjimatan tambahan sehingga RM2.5 bilion diunjurkan melalui rasionalisasi subsidi RON95.

Program Budi95 merekodkan lebih 10 juta pengguna layak memperoleh RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Menurutnya, pangkalan data seramai 16.5 juta penerima kelayakan sedang diperhalusi, termasuk pemberian kuota tambahan untuk 23,000 pemilik bot berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing yang aktif.

Untuk tahun fiskal 2026, kerajaan memilih tema “Memandu Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat”.

Selain itu, bantuan RM200 sebulan diagih kepada pemilik kenderaan peribadi, petani dan pekebun kecil.

Jangan Ketingalan >>

Pemberian kredit e-tunai RM100 akan dilaksana pada suku keempat tahun ini – MOF

PUTRAJAYA – Pemberian kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa berusia 21

KPM arah sekolah patuh garis panduan ketika jerebu

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan pihak sekolah untuk