Lebih RM5 juta dibelanjakan untuk baik pulih, bina rumah veteran ATM
PUTRAJAYA – Lebih RM5 juta dibelanjakan untuk pembinaan rumah baharu serta baik pulih veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kerajaan telah meluluskan 44 pembinaan rumah baharu anggota tentera di seluruh negara. “Sebahagian daripada pembiayaan dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan sebahagian lagi melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) […]
PADU sedia diguna Januari depan, kini pembangunan sistem capai 60 peratus – Rafizi
PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini sudah mencapai 60 peratus dan sedia untuk digunakan pada Januari tahun depan. Menurutnya, sistem berkenaan dibangunkan dalam tempoh singkat iaitu bermula pada Jun lalu kerana ia menyediakan gabungan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini. “Tempoh berkenaan merupakan satu cabaran […]
Malaysia, Sri Lanka sedia perkukuh hubungan dua hala – Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe pada Rabu. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama. “Ia termasuk pertukaran lawatan di […]
Anwar, Erdogan kutuk sekeras-kerasnya tindakan bakar al-Quran
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengutuk dan menyelar tindakan membakar al-Quran baru-baru ini dan wacana populis yang menghasut ucapan kebencian terhadap Islam. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu selepas pertemuan pemimpin itu di New York di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa […]
Malaysia sedia beli peralatan ketenteraan dari Turkiye – Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia bersedia untuk membeli peralatan ketenteraan dari Turkiye. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebelum ini negara pernah membuat pembelian barang ketenteraan daripada negara lain seperti Korea Selatan. Bagaimanapun, Anwar memberitahu Majlis Angkatan Tentera Malaysia (MATM) akan membuat keputusan dalam membuat penelitian jenis peralatan yang […]
Agensi kerajaan, swasta perlu cari pendekatan terbaik dalam hadapi cabaran ekonomi serantau – Ewon
PUTRAJAYA – Dalam mendepani cabaran ekonomi serantau dan situasi geopolitik semasa, agensi kerajaan dan swasta perlu tahu akan cabaran yang bakal dihadapi oleh para usahawan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, kedua-duanya perlu mencari pendekatan terbaik dalam memastikan bantuan dapat disalurkan kepada usahawan untuk terus […]
Anwar, Erdogan sepakat ganda usaha bendung sentimen Islamophobia
PUTRAJAYA – Malaysia dan Turkiye sepakat untuk menggandakan usaha bagi membendung sentimen Islamophobia yang dilihat semakin tidak terkawal. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman sosial, Facebook pada Khamis. Dalam hantaran berkenaan, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Turkish House, New […]
Malaysia berhasrat perkukuh hubungan dua hala dengan Iran – Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 dengan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi pada Rabu. Anwar berkata Malaysia berhasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan negara berkenaan melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama […]
KPT cadang pertimbang laluan khas pelajar aliran agama, para huffaz memasuki politeknik
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bercadang untuk mempertimbangkan laluan khas ke politeknik dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar aliran agama, para huffaz dan lepasan Maahad Tahfiz al-Quran. Menurut menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pertimbangan itu bakal membuka peluang serta laluan lebih besar untuk pelajar jurusan berkenaan mengikuti pengajian […]