KPKT bakal perkenal akta khusus pembaharuan semula bandar
PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti proses menyediakan satu akta baharu berkaitan pembaharuan semula bandar. Menurut Menterinya, Nga Kor Ming, kini pembaharuan semula bandar dilaksanakan melalui sembilan akta dan perundangan yang merentasi bidang tugas pelbagai kementerian, jabatan dan agensi. Katanya, disebabkan negara tiada perundangan khusus maka terdapat beberapa perkara yang telah merencatkan […]
Cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI – Saifuddin
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) edang meneliti cadangan membuka semula ‘jalan pintas’ di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Tambak Johor. Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, jawatankuasa bersama yang dipengerusikan beliau dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah dibentuk untuk […]
Anwar terima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama di Jakarta
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) pimpinan Kiyai Haji Yahya Cholil Tsaquf dan jajarannya, semalam. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Anwar menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu. Menurutnya, pertemuan yang diadakan selepas selesai program Temu Anwar di Jakarta, Indonesia telah menyentuh kepentingan menguasai […]
KPKT peruntuk RM10.73 juta naik taraf infrastuktur di Tambun, Ipoh, Taiping dan Teluk Intan
PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM10.73 juta projek pembangunan melibatkan proses menaik taraf, menyelenggara infrastruktur awam serta penggantian lif di sekitar Tambun, Ipoh, Taiping dan Teluk Intan. Menurut Menteri KPKT, Nga Kor Ming, kesemua projek naik taraf berkenaan akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak […]
Anwar lulus sebahagian permohonan pekerja asing di tiga sektor
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas. Keputusan tersebut dibuat susulan pengambilan pekerja bagi sektor berkenaan sebelum ini dibekukan. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan tersebut disusuli dengan syarat yang mana golongan belia tempatan perlu […]
Wawasan Malaysia Madani relevan dan merentasi semua lapisan masyarakat, visi ke arah tamadun atau peradaban tinggi
WAWASAN Madani bukanlah suatu wawasan baharu tetapi sudah ada sejak masa awal Islam, iaitu sewaktu zaman Rasulullah SAW dan berkembang dalam lintasan sejarah dengan berbagai improvisasi dan modifikasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pemaknaan penting. Beliau meletakkan landasan filosofikal dan mengajukan kerangka operasional. Yang lebih penting dalam wawasan Madani baharu daripada Anwar, terdapat […]
PM Anwar Ibrahim bakal mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-43 di Jakarta hari ini
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk mempunyai jadual yang padat ketika beliau mengetuai delegasi peringkat tinggi ke Sidang Kemuncak Asean ke-43 dan mesyuarat berkaitan di sini. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Perdana Menteri, yang akan tiba di sini hari ini, dijangka menghadiri sekurang-kurangnya 11 mesyuarat dengan ketua kerajaan […]
Malaysia tidak iktiraf ‘Peta Standard China Edisi 2023’ – Kementerian Luar Negeri
Kementerian Luar Negeri merujuk kepada “Peta Standard China Edisi 2023” (2023 edition of the standard map of China) yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli Republik Rakyat China pada 28 Ogos 2023. Peta tersebut, antara lain, menunjukkan tuntutan maritim sepihak (unilateral act) China yang melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979. […]
Kerajaan Perpaduan akan mempertahankan hak seluruh rakyat Malaysia – Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Malaysia tidak seharusnya berbangga dengan bangunan pencakar langit dan mercu tandanya apabila sebahagian rakyatnya masih tidak menikmati infrastruktur asas yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, kerajaan harus memberi jaminan bahawa rakyatnya termasuk golongan kurang berkemampuan terus dijaga dan dibela. “Malaysia tidak sepatutnya terkenal dengan bangunan pencakar langit yang gemilang. […]