Kerajaan akan pinda Akta Perlindungan Peribadi seawal Oktober ini, penuhi keperluan pegawai perlindungan data di setiap organisasi – Fahmi
KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang menilai keperluan semasa untuk mewujudkan jawatan baharu pegawai perlindungan data dalam setiap organisasi, melalui pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709). Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu yang bertujuan melindungi data peribadi individu, antara yang dipertimbangkan dalam pindaan akta dan dijangka dibentang di […]
Tiada isu untuk Kerajaan Persekutuan meneruskan projek, salurkan bantuan kepada negeri Pembangkang – Fahmi
KUALA LUMPUR: Tiada isu kerajaan meneruskan projek atau menyalurkan bantuan kepada negeri pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Fahmi berkata, sebarang projek atau bantuan yang diumumkan di bawah kementeriannya, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan disambung semula di negeri di bawah pimpinan Perikatan Nasional. “Kementerian Komunikasi dan Digital akan meneruskan semula […]
Kementerian Pengangkutan perkenal pas ‘myBAS Konsesi’, tawar tambang bas percuma kepada golongan sasar di Ipoh, Seremban dan Johor Bahru
PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan memperkenalkan pas ‘myBAS Konsesi’ yang menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak serta pelajar sekolah berumur tujuh hingga 17 tahun bermula pada Selasa sempena sambutan Hari Kebangsaan. Menterinya, Anthony Loke berkata, inisiatif Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) itu yang dikendalikan […]
Kementerian Kesihatan meluluskan 27 lagi rayuan pemindahan pegawai perubatan
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan telah meluluskan 27 lagi rayuan pegawai perubatan untuk pemindahan, kata menterinya pada Selasa. Dr Zaleha Mustafa berkata, setakat ini tiga pusingan rayuan bagi pemindahan telah dijalankan oleh kementerian. “Selebihnya mereka perlu melaporkan diri untuk bertugas tetapi kami akan terus menilai rayuan dari masa ke masa. “Mereka yang telah diberi jawatan harus […]
Rakyat digesa keluar dan mengundi, belum terlambat untuk membuat perubahan – Nurul Izzah
PUTRAJAYA -: Dengan baki kira-kira dua jam sebelum pengundian berakhir untuk pilihan raya negeri, Nurul Izzah Anwar menggesa pengundi untuk keluar mengundi. Dalam mesej yang disiarkan di Twitter pasukannya @teamnurulizzah, naib presiden PKR itu berkata, masih belum terlambat untuk membuat perubahan. “Masih belum terlambat untuk anda keluar mengundi dan membuat perubahan. Datang, kawan-kawan!” kata bekas […]
Amirudin umum cuti peristiwa pada Isnin ini jika gabungan PH-BN menang PRN di Selangor
PUTRAJAYA – Cuti peristiwa akan diumumkan untuk seluruh rakyat Selangor pada Isnin, 14 Ogos sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PRN ini merupakan detik paling penting dalam sejarah negeri dalam menentukan hala tuju dan masa depan Selangor untuk […]
Malaysia bakal jadi negara terbaik di benua Asia sekiranya Kerajaan Perpaduan teruskan mentadbir negara untuk tempoh lima tahun akan datang – Anwar Ibrahim
BALIK PULAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika Kerajaan Perpaduan yang berteraskan konsep Ekonomi Madani mentadbir negara bagi tempoh lima tahun akan datang, tidak mustahil Malaysia akan menjadi sebuah negara hebat di rantau Asia. Keyakinan itu adalah susulan rekod prestasi kerajaan yang telah membela isu rakyat merentasi seluruh lapisan masyarakat sejak Kerajaan […]
Pembinaan Lapangan Terbang Tioman baharu dibatalkan, selari dengan hasrat kerajaan utamakan kelestarian alam sekitar
PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari Rabu secara dasarnya telah bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu yang melibatkan 76 peratus kawasan tambakan laut. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan cadangan pembangunan lapangan terbang baharu yang melibatkan tambakan […]
Erdogan kemuka cadangan Malaysia dan Turkiye jalin kerjasama dua hala atasi isu Islamofobia, yakin keupayaan benteng Malaysia hadapi serangan Barat
PUTRAJAYA – Presiden Recep Tayyip Erdogan mencadangkan agar Malaysia dan Turkiye mencari jalan penyelesaian serta menjalin kerjasama dua hala dalam menangani isu Islamofobia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata Erdogan memaklumkan sendiri perkara itu kepada beliau ketika mereka bercakap di telefon pada tiga hari lepas. “Beliau cadangkan kami berdua cari jalan untuk […]