Tabung Haji sasar lebih separuh umat Islam Malaysia miliki akaun TH penghujung tahun depan
PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) meletakkan sasaran lebih separuh daripada umat Islam di Malaysia memiliki akaun TH pada penghujung tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, setakat Ogos 2023, lebih 45 peratus daripada keseluruhan 18 juta umat Islam di Malaysia telah membuka akaun TH. Menurutnya, […]
Duti anti-lambakan dikenakan ke atas keluli Jepun – MITI
PUTRAJAYA – Berdasarkan petisyen yang difailkan oleh Mycron Steel CRC Sdn Bhd, kerajaan telah mengenakan duti anti-lambakan ke atas gulungan sejuk keluli Jepun berikutan selesainya siasatan yang bermula pada 31 Januari lalu. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat terhadap terhadap import produk gulungan sejuk keluli aloi atau bukan […]
KPKM telah bincang dengan wakil kerajaan India berkenaan isu bekalan beras
PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan India dalam membincangkan isu sekatan eksport bekalan beras putih dari negara berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pertemuan tersebut diadakan pada Khamis telah membincangkan langkah memastikan beras yang berada dalam pasaran dan harga yang berpatutan. Menurutnya, keputusan daripada rundingan itu […]
KKR mohon peruntukan lebih dalam Belanjawan 2024 untuk selenggara lebuh raya, jalan raya
PUTRAJAYA – Menerusi Belanjawan 2024, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memohon peruntukan tambahan bagi menyelenggara dan kerja berkala di lebuh raya serta jalan raya di seluruh negara. Menurut menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, permohonan itu dibuat adalah bertujuan untuk memastikan kualiti lebuh raya dan jalan raya berada pada tahap terbaik serta memenuhi piawaian antarabangsa. […]
TH kini diurus dengan baik, MOF mula perbincangan serah semula aset institusi pengurusan haji
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan mengadakan perbincangan untuk menyerahkan semula sebahagian aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang sebelum ini telah dipindahkan ke sebuah syarikat tujuan khas (SPV) milik Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2018. Anwar berkata, pertimbangan itu dibuat setelah meneliti laporan awal yang mana TH kini telah diurus […]
Malaysia, UAE bincang perkukuh hubungan ekonomi
PUTRAJAYA – Menteri Perdagangan Luar UAE, Dr Thani bin Ahmed Al Zeyoudi menzahirkan penghargaan terhadap hubungan kukuh antara UAE dan Malaysia. Beliau berkata, pihaknya turut mengesahkan komitmen UAE untuk meningkatkan kerjasama perdagangan sambil mewujudkan peluang perniagaan untuk kedua-dua pihak. Berkata demikian sewaktu berlangsungnya perbincangan dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku […]
Selepas 35 tahun menabur bakti, Ahmad Shapawi tamat perkhidmatan di MSN
PUTRAJAYA – Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah MSN, bersara wajib secara rasmi pada Khamis. Menerusi satu kenyataan MSN, Ahmad Shapawi bersara selepas 35 tahun menyumbang bakti dan tenaganya bersama dengan agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS). “Selamat bersara dan terima kasih diucapkan kepada […]
Bantu peniaga kawal kos operasi melalui lesen borong beli BPI – KPKM
PUTRAJAYA – Tindakan membenarkan persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil untuk melakukan pembelian beras putih import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram (kg) sebenarnya bertujuan membantu mereka mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan memberitahu, langkah tersebut juga bertujuan untuk […]