Mesyuarat pertama Harmoni diadakan bulan hadapan- Mohd Na’im
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan mesyuarat pertama Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang diaktifkan semula akan diadakan bulan depan. Mohd Na’im berkata, tujuan mesyuarat berkenaan diadakan adalah untuk dijadikan sebagai medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum. Menurutnya, […]
Agong seru rakyat contoh keperibadian Rasulullah SAW
PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dalam pertuturan dengan menyampaikan kebenaran, jujur serta menjauhi fitnah. Yang di-Pertuan Agong bertitah, kestabilan dan keharmonian negara akan tergugat sekiranya menggunakan perkataan kurang elok ketika berbicara bicara atau sewaktu menulis di media sosial dengan penggunaan kata-kata […]
Rasulullah SAW miliki pekerti mulia, wajar dicontohi – Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA – Keindahan pekerti dan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang boleh menjadi ikutan. Hal ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Rasulullah SAW tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun mana-mana individu. Menurutnya, perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah perlu dicontohi walaupun baginda berhadapan dengan musuh dari […]
Malaysia kekal di tangga ke-36 dalam laporan GII, catat peningkatan skor
PUTRAJAYA – Berdasarkan Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2023, Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke-36 daripada 132 negara. Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, Malaysia mencatatkan peningkatan skor keseluruhan 40.9 berbanding 38.7 pada tahun lalu. Bukan itu sahaja, Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China […]
Parlimen Malaysia main peranan penting perkukuh hubungan diplomasi dengan negara luar
PUTRAJAYA – Parlimen Malaysia turut mempunyai peranan penting dalam memperkukuh hubungan diplomasi dengan negara luar. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Membawa konsep ‘Parlimen Diplomasi’, Parlimen Malaysia memikul tanggungjawab untuk menyokong apa juga usaha yang dilakukan oleh Eksekutif atau Kerajaan Persekutuan. Menurutnya, ia bertujuan untuk memperkukuh hubungan diplomasi sekali gus dapat melonjakkan […]
Malaysia kekal prinsip berkecuali walau jalin hubungan dengan China, AS
PUTRAJAYA – Malaysia akan tetap dikenali sebagai negara Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) walaupun menjalinkan hubungan perdagangan antarabangsa dengan China dan Amerika Syarikat (AS). Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Malaysia tidak akan pernah sesekali mengubah pendirian malah kedua-dua kuasa besar kekal sebagai pelabur terbesar di negara ini. Menurutnya, Malaysia wajar […]
7,544 projek kecil KPM dalam proses dan siap selenggara
PUTRAJAYA – Sebanyak 90.3 peratus atau 7,544 projek penyelenggaran kecil Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dalam proses dan siap dilaksanakan. Menurut satu kenyataan Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), jumlah berkenaan diperoleh setakat 22 September lalu. Kata kenyataan itu, pihaknya dengan kerjasama KPM telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek penyelenggaraan kecil melibatkan penyelenggaraan tandas bagi […]
Rombakan Kabinet: ‘Saya fikir dahulu’ – Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan memikirkan terlebih dahulu isu berkenaan rombakan Kabinet. “Saya fikir dahulu,” jawabnya ringkas kepada media tempatan berkenaan timbulnya spekulasi bahawa rombakan Kabinet akan dilakukan. Sebelum ini, media tempatan melaporkan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memberitahu tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri […]
Majikan perlu naikkan gaji pekerja terlebih dahulu sebelum terima insentif tunai
PUTRAJAYA – Setelah mengemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti telah memenuhi keperluan dasar gaji progresif, majikan akan menerima insentif tunai daripada kerajaan. Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, bagi majikan yang mahu mendapatkan insentif bekenaan, mereka perlu menaikkan gaji pekerja terlebih dahulu. Katanya, selepas bukti kenaikan dibuat, maka kerajaan akan membayar insentif berkenaan kepada mereka. “Kerajaan tidak […]