CEO DNB baharu bakal diumumkan selepas perjanjian langganan saham muktamad – Fahmi
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Nasional Bhd (DNB) yang baharu akan diumumkan selepas semua perkara melibatkan perjanjian langganan saham dimuktamadkan. Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada semua CEO pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tentang memuktamadkan pemeteraian perjanjian langganan saham. Katanya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican […]
Mohon laksana kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan
PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia. Menurut Timbalan Menteri berkenaan Datuk Hasbi Habibollah, langkah berkenaan merupakan usaha dalam meningkatkan jaringan logistik ke ibu negara baharu Indonesia. Katanya, ia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 4 (RMK12 […]
RM308 juta diperuntukkan bina tiga PPR baharu di Perak – Kor Ming
PUTRAJAYA – Tiga kawasan Parlimen akan menerima peruntukan sebanyak RM308 juta bagi pembangunan tiga projek Program Perumahan Rakyat (PPR) baharu di Perak. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembangunan tersebut membabitkan 1,200 unit kediaman. “Projek berkenaan akan memberi manfaat kepada 6,000 isi rumah itu, adalah PPR Tambun yang akan dibangunkan di bawah Dewan […]
Galak industri sawit teroka, perluas perniagaan ke pasaran khusus
PUTRAJAYA – Bagi mendapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi dan liputan lebih bersasar dalam minyak sawit malaysia, industri berkenaan digalakkan meneroka serta memperluaskan perniagaan ke pasaran khusus. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Siti Aminah Aching berkata, syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit. “Cabaran kepada sektor hiliran sawit adalah berpunca […]
Sistem pertahanan siber Malaysia pada tahap tinggi, terkawal
PUTRAJAYA – Sistem pertahanan siber Malaysia berada pada tahap tertinggi dan terkawal daripada serangan siber. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata,, kerajaan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meletakkan keseluruhan sistem komunikasi strategik ATM dalam satu rangkaian terselamat dan tidak mempunyai sambungan dengan rantaian internet luar. Menurutnya, pada ketika ini, sistem pertahanan negara sentiasa berada di […]
KKM harap dapat peruntukan lebih dalam Belanjawan 2024 – Dr Zaliha
PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berharap kementeriannya menerima peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2024. Menurutnya, peningkatan dalam pemberian dana itu membolehkan lebih banyak inisiatif dapat dilakukan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. “Ia termasuk usaha menaik taraf 436 kilinik-klinik kesihatan daif di seluruh negara dan membina 300 lagi klinik baharu di kawasan-kawasan terpilih. “Kalau […]
KPKM harap dapat berbincang dengan India untuk teruskan eksport beras putih ke Malaysia
PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India dengan kadar segera untuk mencari solusi terhadap masalah sekatan eksport beras putih. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPKM akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan India untuk meneruskan pengeksportan beras putih mereka ke negara ini. “Di peringkat […]
Tiada keperluan luas kuasa kepada KPDN tangani isu beras – Mohamad
PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan tiada keperluan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapatkan perluasan kuasa dalam penguatkuasaan isu bekalan beras. Beliau berkata, perkara itu hanya sesuai diadakan sekiranya bekalan barangan makanan berkenaan berada pada tahap meruncing. “Kalau sampai ke peringkat meruncing barangkali kita […]
Malaysia kongsi usaha tangani penyebaran berita palsu di AMRI ke-16
PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menzahirkan kesediaan untuk berkongsi maklumat mengenai usaha kementerian dalam membendung penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat pada Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-16. Menterinya, Fahmi Fadzil memaklumkan usaha berkenaan dapat dilihat menerusi pembangunan sebuah platform oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan platform MyCheck […]