KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk mewujudkan Kursi Tun Dr Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Allahyarham yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pada Rabu berkata, usaha serta pengiktirafan itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus […]
Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini sebaliknya semua inisiatif dan dasar yang diperkenal adalah bersifat inklusif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menempelak dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan bersikap berat sebelah, Anwar berkata, bantuan serta inisiatif Kerajaan Perpaduan akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, kaum dan bangsa. […]
PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat terutamanya para pemimpin negara menghayati dan meneladani ketokohan negarawan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam membangunkan negara. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata, Seri Paduka menyifatkan Dr Ismail sebagai negarawan yang tiada galang ganti. […]
Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi bantu usahawan hadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi semasa
KUALA LUMPUR: Pejabat Senator Datuk Seri Zurainah Musa telah menganjurkan sebuah program Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi dengan usahasama beberapa agensi kerajaan iaitu SIRIM, PUNB, TEKUN, MARA, SKM, SME CORP, dan PERNAS. Selain itu, 20 rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah dikumpulkan dengan bantuan Pertubuhan HAWA Malaysia untuk turut serta berganding bahu di dalam program […]
Merujuk kepada liputan media sosial dan media di atas, kami ingin menjelaskan bahawa pada petang 20 Julai 2023, Maybank Investment Bank telah menghantar jemputan e-mel kepada pelanggan terpilih untuk webinar Tinjauan Pasaran akan datang bertajuk ‘Masa Hadapan yang Lebih Cerah’ mengandungi ekstrak daripada laporan penyelidikan strategi yang diparafrasa dan diletakkan di luar konteks. Kami mengenal […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan wawasan ekonomi pada hari ini menerusi pelancaran EKONOMI MADANI : MEMPERKASAKAN RAKYAT. Berikut adalah perkara-perkara penting yang hendak dicapai: Anwar Ibrahim turut mengumumkan beberapa dasar jangka panjang dan sederhana untuk menyambung trajektori pertumbuhan Malaysia. Ini termasuklah:
SHAH ALAM – Kerajaan akan mengumumkan pelaburan berjumlah sebanyak RM25 bilion pada Khamis. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, jumlah tersebut akan membuka sehingga 23,000 peluang pekerjaan yang bergaji tinggi buat rakyat negara ini. “Kami di Kerajaan Perpaduan akan terus hasilkan program-program ekonomi yang berimpak tinggi untuk kesenangan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Twitternya pada […]
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memfokus kepada tahap capaian liputan Internet di jalan raya yang menghubungkan kawasan berpenduduk dan bukan hanya kepada kawasan berpenduduk. Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan meneliti perkara itu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memandangkan capaian Internet merupakan kemudahan asas yang perlu dinikmati oleh semua rakyat sama seperti jalan, […]
PUTRAJAYA – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks, langkah memperkasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menjadi satu keperluan buat kerajaan. Beliau berkata ATM perlu memiliki keupayaan dan tahap siap siaga yang tinggi bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin. “Kita akan memperkasa ATM kerana ia satu keperluan bukan […]
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta tempoh seminggu untuk beliau bertemu dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah. Perdana Menteri berkata beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing. “Bagi saya seminggu, […]