Dakwaan Muhyiddin Pertahan Warga Asing Terima Subsidi RON95: SKMM Mulakan Siasatan Segera

06/08/2025
1 min read

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesahkan akan memulakan siasatan terhadap kenyataan penafian yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkenaan dakwaan kononnya beliau mempertahankan hak warga asing dalam isu subsidi bersasar petrol RON95.

Kenyataan rasmi SKMM yang dikeluarkan pada Rabu, 6 Ogos menyatakan bahawa tindakan tersebut diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.

“SKMM mengambil maklum kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang memohon agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang telah dinafikan oleh Ahli Parlimen Pagoh,” kata SKMM.

Suruhanjaya itu turut memberi peringatan kepada rakyat agar tidak menyalahgunakan platform media sosial dengan menyebarkan maklumat yang belum disahkan, demi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan SKMM menyiasat isu berkenaan, sejajar dengan pendirian kerajaan yang berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan tanggungjawab awam.

Dalam kenyataannya pada 5 Ogos di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau menerima laporan mengenai seorang Ahli Parlimen pembangkang yang dikatakan mempertahankan hak warga asing untuk terus menikmati manfaat daripada penyusunan semula subsidi.

Reaksi kepada kenyataan tersebut, Muhyiddin menafikan sepenuhnya dakwaan itu menerusi hantaran media sosial. Beliau menjelaskan bahawa tidak pernah mengeluarkan kenyataan mempertahankan hak warga asing dalam konteks subsidi RON95.

Muhyiddin turut menjelaskan bahawa Perikatan Nasional secara konsisten mendukung prinsip bahawa keutamaan dalam pelaksanaan subsidi harus diberikan kepada rakyat negara ini.

Jangan Ketingalan >>

Daripada Slogan ke Papan Konkrit: Kota Madani Diuji Pada Mutu Hidup Harian, Bukan Sekadar Poster Promosi

KUALA LUMPUR – Kota Madani muncul sebagai projek rujukan yang

KPT bakal sediakan geran padanan pendidikan bermula tahun depan

PUTRAJAYA – Pihak industri dan hospital pengajar universiti (HPU) bakal