PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) ingin mengubah sektor kotor, bahaya, sukar (3D) kepada pekerjaan berpendapatan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan buruh asing dalam bidang tersebut.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, mereka yang terlibat dalam sektor berkenaan perlu berterusan menimba ilmu khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk mengumpul pengalaman serta pengetahuan menjadi pekerja berkemahiran tinggi.
“Untuk buat perkara itu (mengurangkan kebergantungan buruh asing) kita kena berlatih dan sektor TVET (dalam negara) menyediakan pelbagai latihan.
“Secara tidak langsung negara kita tidak akan bergantung kepada pekerja asing dalam bidang 3D khususnya dengan jumlah pekerja asing seluruh negara setakat ini mencecah hampir 1.5 juta,” katanya.
Terdahulu, seminar hari ini menampilkan panel daripada pengamal industri, badan profesional, badan kawal selia TVET, dan ikon TVET yang membincangkan pelbagai topik berkaitan pelaksanaan program TVET di Malaysia.
Isu seperti profesionalisme graduan, fleksibiliti program, laluan kerjaya, dan keusahawanan berasaskan TVET turut dibincangkan bagi memberi inspirasi kepada peserta dalam melihat potensi TVET secara menyeluruh.