Larangan warga asing beli barang bersubsidi

- TERKINI - 24/07/2023
Datuk Seri Salahuddin Ayub

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan membeli barang bersubsidi negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perbuatan berkenaan (beli barang bersubsidi negara ini), merupakan satu kesalahan yang serius dan boleh didakwa mengikut undang-undang negara.

“Polisi jelas, warga asing tidak boleh membeli barangan bersubsidi negara Malaysia… itu adalah kesalahan yang serius.

“Saya harap insiden yang berlaku beberapa hari lepas, ikut laporan terkini pembeli itu tidak sempat membeli (RON95) berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup)
“Tapi saya mengambil tanggungjawab insiden dua hari lepas itu untuk minta penjelasan daripada pemilik stesen minyak berkenaan. Kita berikan penegasan bahawa tak boleh jual RON95 kepada mana-mana warga asing; sekiranya mereka lakukan mereka boleh didakwa kerana ia adalah bahan bersubsidi untuk rakyat Malaysia sahaja,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika mengumumkan Pakej Rahmah, IITV Learning sempena Perhimpunan Bulanan dan Apresiasi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Tahun 2023, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden warga asing cuba mengisi minyak RON95 ke dalam tong yang dibawa di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri pada Rabu.

Sementara itu, Salahuddin berkata, dia mahu melihat rakaman CCTV berkenaan terlebih dahulu dan meneliti laporan berhubung insiden berkenaan.

“Saya nak tengok dulu rakaman CCTV sebelum buat apa-apa keputusan,” katanya.

TAGS: