Rasulullah SAW miliki pekerti mulia, wajar dicontohi – Anwar Ibrahim

- NASIONAL - 28/09/2023

PUTRAJAYA – Keindahan pekerti dan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang boleh menjadi ikutan. 

Hal ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Rasulullah SAW tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun mana-mana individu. 

Menurutnya, perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah perlu dicontohi walaupun baginda berhadapan dengan musuh dari segenap penjuru. 

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada ALLAH SWT.

“Moga ALLAH SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu. 

TAGS: