Selepas 35 tahun menabur bakti, Ahmad Shapawi tamat perkhidmatan di MSN

28/09/2023
1 min read

PUTRAJAYA – Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah MSN, bersara wajib secara rasmi pada Khamis. 

Menerusi satu kenyataan MSN, Ahmad Shapawi bersara selepas 35 tahun menyumbang bakti dan tenaganya bersama dengan agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Selamat bersara dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Ahmad Shapawi Ismail atas segala sumbangan dan dorongan yang diberikan sepanjang berkhidmat di MSN (1988-2023).

“Selamat menempuhi alam persaraan, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut menzahirkan penghargaan di atas sumbangan Ahmad Shapawi kepada KBS dan sekali gus menyifatkan beliau merupakan pemimpin yang berpengetahuan besar ketika menggalas jawatannya.

“Terima kasih Datuk Ahmad Shapawi kerana banyak berkongsi pengalaman di KBS. Hari ini, MSN kehilangan sumber pengetahuan dan kepimpinan mereka selama ini.

“Happy birthday Datuk Shapawi dan semoga Datuk menikmati kualiti masa persaraan ini bersama Datin, anak-anak dan cucu!

“Saya telahpun berkongsi pandangan peribadi saya tentang persaraan beliau kepada kepimpinan tertinggi Kementerian, semalam. Dengan linangan air mata. Beliau akan terus dirindui,” kata Hannah menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook miliknya. 

Jangan Ketingalan >>

KKM Percepat Pengisian Jawatan: Doktor Kontrak Tunggu Penempatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan memaklumkan usaha pengisian jawatan akan

KPKM harap dapat berbincang dengan India untuk teruskan eksport beras putih ke Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat