KKM harap dapat peruntukan lebih dalam Belanjawan 2024 – Dr Zaliha

25/09/2023
1 min read

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berharap kementeriannya menerima peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2024. 

Menurutnya, peningkatan dalam pemberian dana itu membolehkan lebih banyak inisiatif dapat dilakukan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

“Ia termasuk usaha menaik taraf 436 kilinik-klinik kesihatan daif di seluruh negara dan membina 300 lagi klinik baharu di kawasan-kawasan terpilih.

“Kalau boleh kita nak peruntukan lebih daripada tahun ini yang berjumlah RM36.3 juta kerana kita hendak melaksanakan pelbagai perkara. (Kalau) Tidak silap ada tujuh keutamaan telah diberikan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian dalam belanjawan, termasuk usaha untuk meneruskan Skim Perubatan MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media tempatan selepas Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad tambahan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, Malaysia sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah Penyakit X yang disifatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai penyakit berisiko menjadi pandemik.

Katanya, isu penyakit X itu tidak dibincangkan dalam kalangan menteri-menteri kesihatan yang hadir pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York. 

“Namun apa pun, kita sentiasa bersiap siaga atas apa sahaja kemungkinan dan di peringkat WHO pun, saya percaya mereka akan memberikan `alert’ kepada negara-negar yang berkenaan, kalau ada,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha turut mengulas mengenai projek di HKL. Katanya, Bangunan Blok B Institut Urologi dan Nefrologi yang akan mula beroperasi secara berperingkat awal bulan depan.

Tambah beliau lagi, apabila sudah beroperasi, ia akan memberikan penambahan 252 katil, yang dijangka mampu menampung keperluan semasa dan masa hadapan.

Jangan Ketingalan >>

‘Tiada Ruang Bersantai’: Setiausaha Politik Dedah Disiplin Kerja PM Anwar Dalam Penerbangan Ke Sidang Kemuncak BRICS

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan

Debat Madani membolehkan segala kelebihan intelektual diangkat dan dikongsikan bersama

Oleh MOHAMED KHALED NORDIN Malaysia MADANI adalah satu gagasan besar